Ibu Dan Anak Sedondon Raya 2021
Posted by AIN ANIRA
Trend sedondon ibu dan anak adalah salah satu daripada trend yang disukai terutamanya dalam kalangan para ibu. Kebanyakan para ibu suka mengenakan fesyen atau rona warna baju yang sama bersama anak-anak mereka ketika hari raya, menghadiri majlis atau keluar berjalan-jalan bersama keluarga. Trend ini telah menjadi ikutan dan popular pada masa kini.
Kini di Gio Fabrics, telah menyediakan beberapa design baju yang direka khas untuk ibu dan anak iaitu Ibu Dan Anak Sedondon raya 2021. Baju Kurung Moden Cassia, Baju Kurung Peplum Azalea, Baju Kurung Moden Florintino, Baju Kurung Moden Daisy dan Baju Kurung Moden Zinnia merupakan baju Ibu Dan Anak Sedondon Raya 2021 yang direka khas untuk ibu dan anak perempuan. Setiap rekaan baju mempunyai ciri-ciri elegan yang tersendiri yang pasti membuatkan anda jatuh cinta.
Klik disini untuk koleksi Baju Raya 2021 (Baju Kurung Moden Cassia)
Klik disini untuk koleksi Baju Raya 2021 (Kids Baju Kurung Moden Cassia)
Baju Kurung Moden Cassia adalah baju Raya 2021 yang direka khas untuk ibu dari saiz XS hingga XL manakala untuk anak dari umur 4 tahun hingga 12 tahun. Fesyen baju Kurung Moden Cassia dan Kids Baju Kurung Moden Cassia potongan moden ini telah dikombinasikan bersama Umo Crepe dan French Lace dengan scallop di bahagian hujung baju dan lengan.Diperbuat daripada material Umo Crepe sebagai "lining" untuk baju dan kain. Umo Crepe adalah kain yang mudah digosok, tidak jarang, tidak panas dan sangat selesa apabila digayakan untuk ibu dan anak. Didatangi dengan 6 warna yang sangat menarik hati para ibu.
Klik disini untuk koleksi Baju Raya 2021 (Baju Kurung Moden Azalea)
Klik disini untuk koleksi Baju Raya 2021 (Kids Baju Kurung Moden Azalea)
Baju Kurung Moden Azalea pula amat manis untuk digayakan bersama anak di Hari Raya. Potongan kurung moden yang diperbuat daripada kain jenis Sequine Lace serta dipadankan dengan kain potongan duyung yang diperbuat daripada kain jenis Umo Crepe membuatkan para ibu kelihatan sopan dan ayu. Manakala, untuk Kids Baju Kurung Peplum Azalea, mempunyai potongan baju yang berbeza iaitu potongan kurung peplum. Anak-anak anda pasti kelihatan comel dengan Kids Baju Kurung Peplum Azalea. Potongan bahagian depan lebih singkat dan belakang lebih labuh menampakkan hasil yang lebih menarik apabila dipakai. Kain potongan duyung yang kembang dibawah amat sesuai untuk kanak-kanak serta memudahkan pergerakan mereka. Didatangi dengan 3 warna yang menarik. Terdapat dari saiz S hingga XL untuk dewasa manakala kanak-kanak dari umur 6 tahun hingga 12 tahun.
Klik disini untuk koleksi Baju Raya 2021 (Baju Kurung Moden Florintino)
Klik disini untuk koleksi Baju Raya 2021 (Kids Baju Kurung Moden Florintino)
Baju Kurung Moden Florintino adalah baju kurung potongan moden yang dipadankan dengan kain potongan duyung dan mengunakan kain jenis French lace dan Umo Crepe yang lembut dan selesa untuk si pemakai. Kain potongan duyung yang kembang dibawah amat selesa untuk para ibu dan sangat sesuai untuk kanak-kanak serta memudahkan pergerakan mereka. Menggunakan getah yang selesa dipakai pada keseluruhan pinggang kain.Terdapat saiz dari XS hingga XXL manakala untuk saiz Kids Baju Kurung Moden Florintino dari umur 4 tahun hingga 12 tahun. Hadir dalam 10 warna yang menarik buat anda.
Klik disini untuk koleksi Baju Raya 2021 (Baju Kurung Moden Daisy)
Klik disini untuk koleksi Baju Raya 2021 (Kids Baju Kurung Moden Daisy)
Baju Kurung Moden Daisy dengan potongan moden memberikan gaya sopan dan elegan kepada si pemakai. Walaupun sentuhan moden dengan gabungan kain multi-tone bordered embroidery lace dan kain Umo Crepe diberikan, konsep minimalis masih menjadi elemen utama. Tampil elegan dengan multi-tone bordered lace serta dipadankan dengan kain potongan duyung kembang dibawah menambahkan lagi kecantikan dan keselesaan kepada si pemakai. Manakala untuk Kids Baju Kurung Moden Daisy juga mempunyai potongan yang sama cuma dibahagian pinggang kain menggunakan getah pada keseluruhan pinggang bagi memberi keselesaan kepada anak-anak.Baju Kurung Moden Daisy terdapat dari saiz S hingga XL manakala untuk saiz Kids Baju Kurung Moden Daisy dari umur 4 tahun hingga 12 tahun. Mempunyai 3 warna yang menarik buat anda.
Klik disini untuk koleksi Baju Raya 2021 (Baju Kurung Moden Zinnia)
Klik disini untuk koleksi Baju Raya 2021 (Kids Baju Kurung Moden Zinnia)
Baju Kurung Moden Zinnia tampil ringkas dan bergaya tanpa imej sarat serta dikombinasikan dengan baju yang diperbuat daripada kain jenis Glitter Bonding Lace. Dipadankan dengan kain potongan duyung kembang dibawah yang sesuai digayakan serta memberi keselesaan kepada si ibu dan si anak.. Terdapat dari saiz S hingga XL manakala Kids Kurung Moden Zinnia dari umur 4 tahun hingga 12 tahun. Didatangi dengan 10 warna yang menarik buat anda.
TAGS: