Raya 2021 : The Kebaya Collections
Posted by AIMI SHAHEERA
Asal usul Baju Kebaya adalah merupakan pakaian tradisional khas yang berasal dari negara Indonesia yang juga dipakai dan menjadi salah satu pakaian budaya buat wanita di Singapura, Brunei termasuk Malaysia setelah tersebar dan berlakunya asimilasi budaya sejak ratusan tahun dahulu. Diperbuat daripada kain kasa yang dipadankan dengan sarung batik atau kain songket dengan kepelbagaian motif dan warna. Di Malaysia, pakaian ini juga dikenali atau mirip seperti "Nyonya Kebaya" yang dicipta oleh orang-orang Peranakan dari Melaka. Manakala, Kebaya Belah Panjang, Kebaya Kota Bahru, Kebaya Riau Pahang dan Kebarung merupakan Baju Kebaya bagi wanita melayu.
Peredaran masa berlaku termasuk juga peredaran zaman fesyen yang berlaku di Malaysia dimana para pereka fesyen telah melahirkan idea-idea baharu daripada tradisional kepada konsep moden tetapi masih mengekalkan ciri-ciri warisan tersebut. Salah satu baju tradisional yang telah diberikan suntikkan moden adalah Baju Kebaya. Hari ini kita dapat lihat pelbagai fesyen Baju Kebaya yang disesuaikan mengikut trend semasa. Kini, ramai wanita gemar menggayakan fesyen ini untuk menghadiri majlis malah ia juga sering menjadi pilihan di kala Hari Raya.
Gio Fabrics juga tidak lari dari memberikan sentuhan moden dalam pada masa yang sama masih mengekalkan ciri-ciri tradisional Baju Kebaya dan telah mengeluarkan beberapa jenis fesyen Baju Kebaya Raya 2021 yang sudah semestinya sesuai untuk digayakan serta si pemakai pasti tampak anggun dengan padanan kain sarung bercorak dan plain yang sangat memberi keselesaan kepada si pemakai.
Baju Kebaya Aster merupakan Baju Kebaya tradisional yang dimodenkan untuk digayakan pada Hari Raya Aidilfitri 2021. Baju Kebaya Aster memberikan gaya yang elegan dan sopan kepada si pemakai. Sentuhan moden minimalis yang diberikan tidak mengubah keseluruhan ciri-ciri traditional busana ini. Baju Kebaya labuh juga menjadi fesyen yang diminati oleh ramai golongan wanita dan dijadikan trend raya 2021. Baju Kebaya Aster didatangi dengan 7 warna yang menarik dan terdapat dari saiz dari S hingga XL.
Klik disini untuk koleksi Baju Raya 2021 (Baju Kebaya Aster)
Baju Kebaya Indah merupakan Baju Kebaya labuh tradisional yang disuntikkan dengan eleman modern. Baju Kebaya Indah memberikan gaya yang elegan dan sopan kepada si pemakai untuk digayakan pada Hari Raya 2021. Sentuhan moden minimalis yang diberikan tidak mengubah keseluruhan ciri-ciri traditional busana ini. Baju Kebaya lndah ini dipadankan dengan kain butta songket dengan warna dan corak yang menarik. Baju Kebaya Indah didatangi dengan 3 warna yang menarik dan terdapat dari saiz dari S hingga XL.
Klik disini untuk koleksi Baju Raya 2021 (Baju Kebaya Indah)
Baju Kebaya Ratu merupakan Baju Kebaya yang diinspirasikan daripada Baju Kebaya Kota Bharu. Baju Kebaya Ratu dengan potongan pendek memberikan gaya yang elegan tetapi masih kelihatan sopan apabila dipakai. Sangat sesuai untuk digayakan pada Hari Raya 2021 nanti. Sentuhan moden minimalis yang diberikan tidak mengubah keseluruhan ciri-ciri traditional busana ini. Baju Kebaya Ratu ini diperbuat daripada kain jenis Cotton Embroidered dan Plain Englais Cotton. Baju Kebaya Ratu didatangi dengan 4 warna yang menarik dan terdapat dari saiz dari S hingga XL.
Klik disini untuk koleksi Baju Raya 2021 (Baju Kebaya Indah)
TAGS: