Baju Kurung Moden
Posted by AIN ANIRA
Tahun 2020 hampir melabuhkan tirai. Kini tahun 2021 bakal menjelma, berapa bulan lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri tapi ramai yang tertanya dan masih tercari baju raya apa yang trend pada tahun 2021.Salah satunya, busana Baju Kurung Moden yang kelihatan lebih moden dengan gabungan ciri stail pakaian terkini bagi menyuntik kelainan seiring dengan perkembangan zaman. Baju Kurung Moden digubah mengikut keselesaan si pemakai dan tidak gelobor seperti Baju Kurung Tradisional, stail pakaian seperti garis leher, lengan dan sarung telah dipelbagaikan fesyennya.Untuk peminat pakaian Baju Kurung Moden yang ingin tampak simple dan ekslutif.Kurung Moden Melina merupakan busana pilihan tepat anda....
Baju Kurung Moden
Posted by AIN ANIRA
Baju Kurung Kedah
Posted by AIN ANIRA
Kelazimannya, apabila hampir tiba Hari Raya Aidilfitri maka kebanyakan di antara kita sibuk membuat persiapan salah satu daripadanya ialah menyediakan pakaian untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri 2021 yang akan tiba tidak lama lagi. Baju kurung sangat terkenal dengan Hari Raya, tetapi di zaman serba moden kini, dari kebanyakan fesyen baju kurung yang ada, terdapat juga fesyen yang sesuai untuk digayakan pada Hari Raya 2021 dan juga sesuai untuk wanita berhijab iaitu Baju Kurung Kedah. Busana ini mempunyai ciri khas yang tersendiri. Kini di Gio Fabrics, terdapat beberapa pilihan fesyen Baju Kurung Kedah dengan kombinasi yang menarik dan sesuai untuk anda....
Baju Kurung Kedah
Posted by AIN ANIRA
Baju Kurung Mini
Posted by AIN ANIRA
Tidak dinafikan, baju kurung merupakan pakaian wajib bagi wanita. Di era moden ini, ia menjadi semakin menarik mengikut perederaan zaman, trend terkini serta designer juga memainkan peranan penting dalam mengeluarkan pelbagai pilihan corak dan rekaan fesyen yang menarik. Fesyen Baju Kurung Mini adalah salah satu rekaan fesyen yang mampu menarik minat kaum wanita untuk trend raya 2021. Baju Kurung Mini potongan moden sangat terserlah dipakai untuk lebaran Aidilfitri 2021 dengan gayanya yang sopan dan elegan. Kini di Gio Fabrics, terdapat beberapa pilihan fesyen Baju Kurung Mini yang mempunyai ciri-ciri tersendiri dengan kombinasi yang menarik serta pilihan tepat untuk anda. ...
Baju Kurung Mini
Posted by AIN ANIRA
Baju Kurung Moden Printed
Posted by AIN ANIRA
Baju Kurung perempuan telah mengalami pelbagai evolusi selaras dengan peredaran trend 2021, terutamanya Baju Kurung Moden yang kini sesuai dipakai oleh semua golongan masyarakat tidak mengira umur dan sesuai digunakan untuk pelbagai jenis majlis and perayaan. Baju Kurung Moden telah diolah dan divariasikan dengan pelbagai jenis rekaan dan material kain antaranya dengan mengunakan combinasi kain bercorak dan kain plain. Terdapat pelbagai variasi corak design floral mahupun abstrak yang dilukis ekslutif untuk koleksi baju raya 2021. Untuk peminat Baju Kurung Moden Printed yang ingin tampak manis dan selesa. Kurung Moden Safeera dan Baju Kurung Moden Chloe merupakan busana pilihan tepat anda....
Baju Kurung Moden Printed
Posted by AIN ANIRA
Baju Kebaya
Posted by AIN ANIRA
Fesyen Baju Kebaya kini semakin mendapat tempat di kalangan wanita muda. Hari ini kita dapat lihat pelbagai fesyen Baju Kebaya yang disesuaikan mengikut trend semasa. Kini, ramai wanita muda gemar menggayakan fesyen ini ke pejabat, untuk menghadiri majlis malah ia juga sering menjadi pilihan di kala Hari Raya. Gio Fabrics telah memberikan sentuhan moden dalam pada masa yang sama masih mengekalkan ciri-ciri tradisional Baju Kebaya dan telah mengeluarkan beberapa jenis fesyen Baju Kebaya Raya 2021 yang sudah semestinya sesuai untuk digayakan serta si pemakai pasti tampak anggun dengan padanan kain sarung, batik dengan pelbagai corak menarik yang sangat selesa. ...
Baju Kebaya
Posted by AIN ANIRA